Butiran kenderaan dan pemilik.
4 Langkah Mudah Untuk Renew Insurans Anda
Nikmati perlindungan berterusan tanpa perlu bersusah payah.
Apa Kata Pelanggan Kami. Kami Kongsikan Untuk Anda.
Pertanyaan Umum
Perlu bantuan atau pertanyaan lebih lanjut?
Perlukan No. Towing?
Takaful Malaysia : 1800-88-8788
Takaful Ikhlas : 1800-88-1186
Etiqa Takaful : 1800-88-6491
Zurich Takaful : 1300-88-5566
Di manakah panel untuk claim cermin kereta?
Klikn Jenis Polisi Insurans Anda.
Cara Claim Insurans Cermin Kereta?
- Hantar kereta ke bengkel panel yang diiktiraf syarikat insurans anda.
- Maklumkan kepada pekerja di bengkel yang anda ingin membuat tuntutan insurans anda.
- Isi borang tuntutan.
- Bawa pulang kenderaan anda setelah dibaikpulih tanpa perlu mengeluarkan duit anda sendiri.
Bagaimana Cara Nak Claim Insurans Kereta Orang Lain?
Apabila berlaku kemalangan, anda disarankan untuk kekal tenang dan jangan panik. Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut bagi memudahkan proses nak claim insurans kereta orang lain.
1. Berhenti di Tempat Selamat
Alihkan kenderaan anda ke bahu jalan atau berhenti di mana-mana lokasi yang selamat. Jika kereta anda tidak boleh dialihkan disebabkan oleh kerosakan kereta yang serius, letakkan segi tiga amaran kecemasan sekurang-kurangnya 45 meter di belakang kereta.
2. Minta Bantuan Segera
Segera periksa dan kenal pasti tahap kerosakan yang berlaku pada kereta anda. Hubungi talian khidmat pelanggan syarikat insurans kereta bagi mendapatkan bantuan.
Jika kerosakan kereta anda memerlukan trak tunda, pastikan anda berurusan dengan pengendali trak tunda yang berdaftar dengan syarikat insurans sahaja bagi mengelakkan sebarang masalah.
3. Ambil Gambar Bukti, Catat Butiran Saksi (Jika Ada)
Ambil gambar kerosakan yang berlaku pada kereta dan gambar kenderaan yang melanggar kereta anda. Ini termasuklah butiran penting seperti nombor telefon, nombor plat kereta, roadtax kereta, kad pengenalan dan lesen memandu individu yang terlibat.
Catatkan lokasi dan masa kemalangan untuk memudahkan rujukan semasa membuat laporan polis. Jika ada, ambil maklumat saksi kejadian. Saksi-saksi ini boleh membantu memberi keterangan sekiranya diperlukan.
4. Segera Dapatkan Rawatan
Sekiranya kemalangan yang berlaku menyebabkan kecederaan, segera dapatkan rawatan di hospital. Jika bertangguh, ia mungkin menyukarkan anda untuk membuat tuntutan perubatan atau tuntutan-tuntutan lain (jika perlu).
5. Buat Laporan Polis
Segera ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis. Laporan polis membabitkan kemalangan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan.
6. Maklumkan kepada Syarikat Insurans Kenderaan
Tuntutan insurans kemalangan perlu dilakukan dengan segera sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kemalangan. Berikut merupakan dokumen yang diperlukan oleh syarikat insurans semasa proses claim insurans kenderaan lain:
-Salinan kad pengenalan;
-Cover note insurans kenderaan;
-Salinan lesen memandu;
-Salinan asal laporan polis;
-Salinan geran kereta;
-Gambar kemalangan dan lakaran rajah dari pihak polis.
7. Servis Kereta di Bengkel Panel
Kereta perlu dihantar ke bengkel panel insurans atau pusat servis kenderaan yang boleh dipercayai. Ini bagi memastikan kerosakan kereta dibaiki dengan sempurna dan alat ganti kereta yang digunakan adalah tulen.
Tunggu sehingga proses baik pulih kereta anda selesai. Biasanya, tempoh yang diambil untuk kereta anda disiapkan bergantung pada tahap kerosakan kereta anda.
Selain kos pembaikan kereta, anda juga boleh membuat tuntutan Compensation for Assessed Repair Time atau CART. Lakukan follow-up dari semasa ke semasa.
Bagaimana Cara Claim Insuran Kemalangan Sendiri?
Sekiranya berlaku kemalangan dan anda ingin buat claim insuran kemalangan sendiri, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:
1. Hubungi Syarikat Insurans Kenderaan
Hubungi syarikat insurans anda untuk memaklumkan mengenai kemalangan ini dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kemalangan.
2. Buat Laporan Polis
Report polis kemalangan untuk tuntutan insurans kenderaan perlu dibuat di balai polis berhampiran dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. Ia bertujuan untuk mengelakkan sebarang risiko lain seperti tuntutan insurans ditolak oleh pihak insurans dan sebagainya.
3. Hantar Kereta ke Bengkel
Minta senarai penuh bengkel panel daripada syarikat insurans anda dan hantar kereta anda ke bengkel panel yang dipilih.
4. Sediakan Dokumen Sokongan
Anda perlu kemukakan dokumen berikut kepada syarikat insurans anda bagi memudahkan dan mempercepat proses:
Borang tuntutan yang lengkap;
Salinan asal laporan polis;
Salinan kad pengenalan dan lesen memandu (pemandu dan pemegang polisi);
Salinan sijil pemilikan kenderaan (geran kereta);
Gambar semasa kejadian dan kerosakan kenderaan;
Dokumen polis yang menyatakan pihak yang dikompaun bagi kesalahan jalan raya.
5. Selesai
Tunggu sehingga proses baik pulih kereta anda selesai.



